Pickupp

Melayu

Bagaimana 'FREE Shipping' boleh menguntungkan?

Jan 13, 2020 3:01 PM

Free Shipping can be Profitable
Bagaimana Penghantaran PERCUMA boleh Menguntungkan?

Saban hari, pelanggan dihendaki membayar sejumlah wang untuk penghantaran segera adalah sudah tidak lagi relevan. Dengan adanya platform e-commerce yang menawarkan penghantaran percuma sebagai strategi untuk perkembangan syarikat, caj pada harga kos untuk penghantaran kepada pelanggan-pelanggan hanya akan menghalang mereka dari membeli daripada anda. Malah, statistik juga menunjukkan bahawa pelanggan juga akan lebih cenderung untuk membatalkan niat pembelian disebabkan oleh caj penghantaran berbanding harga produk tersebut. Terdapat pelbagai kaedah yang kreatif untuk menawarkan penghantaran percuma tanpa membakar lubang di dalam poket anda. Dalam panduan ini, terdapat 5 tip praktikal sebagai panduan untuk anda menawarkan strategi penghantaran percuma yang boleh mengurangkan kos logistik pada minima tapi masih boleh juga mendapatkan keuntungan yang maxima untuk mengekalkan perkembangan syarikat.

1. Pertimbangkan Persaing-persaing Anda
Adakah anda dari industri makanan, runcit, bisnes online atau logistik? Adakah persaing-persaing anda menawarkan penghantaran percuma? Dengan menawarkan penghantaran percuma, adakah perkhidmatan anda jauh berbeza lain daripada yang lain? Atau hanya dengan memberikan diskaun sudah cukup memadai?

Sebagai contoh, syarikat-syarikat yang menjual barangan yang cepat rosak dan yang tidak tahan lama masih lagi menetapkan caj penghantaran sebanyak RM30-50 untuk penghantaran 2-3 hari. Jadi, dengan menawarkan harga yang jauh lebih rendah dari persaing-persaing anda, membolehkan anda melangkah dengan lebih jauh. Tidak semestinya percuma! Sebagai alternatif, anda boleh caj harga yang sama dengan persaing anda dengan menawarkan pada hari yang sama atau untuk penghantaran 4-jam, dan memenangi hati pelanggan-pelanggan anda dengan pengalaman penghantaran yang lebih efisyen di Malaysia. Info lanjut:  Apakah pilihan penghantaran yang harus saya gunakan? 4-jam atau Keesokan hari?

2. Haruskah penghantaran percuma dilanjutkan ke seluruh Malaysia?
Sebelum anda melabur dengan lebih lanjut dalam penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, mengapa anda tidak hanya menawarkan penghantaran percuma hanya ke lokasi-lokasi berdekatan dengan kedai atau gudang anda?

Untuk mengenakan bayaran tambahan untuk penghantaran berdasarkan jarak atau untuk lokasi yang lebih jauh dari kedai atau gudang anda. Dengan cara ini, anda boleh meminimakan kos logistik tapi masih boleh menawarkan penghantaran percuma dalam kawasan liputan untuk pelanggan-pelanggan anda. Info lanjut: Delivering Freshness: Bridging the Gap between Coffee and You Jika anda ada mengunakan Shopify untuk laman e-commerce anda, anda juga boleh menetapkan zon-zon penghantaran menerusi admin Shopify untuk tetapkan lokasi penghantaran ke kedai anda. Jika anda mempunyai Shopify dan ingin mengunakan plugin Pickupp menerusi Shopify, lihat sini.

3. Hadkan Penghantaran Percuma untuk lanjutkan tempoh penghantaran
Adalah sangat penting untuk menawarkan penghantaran percuma dalam tempoh masa standard 3 – 4 hari, anda boleh mengaut keuntungan tambahan dengan menetapkan surcaj untuk opsyen penghantaran kecemasan atau ekspres contohnya secara on-demand atau pada hari yang sama.

Flexible Delivery Options

Anda jangan terkejut sekiranya ada pelanggan-pelanggan yang sanggup membayar untuk pilihan penghantaran tersebut! Pickupp juga selalu menawarkan pilihan penghantaran seperti servis penghantaran pada keesokan hari, atau anda juga boleh mengunakan perkhidmatan penghantaran on-demand 4-jam sekiranya anda inginkannya urgent dan last minute. Setiap ekspres order bermula pada harga RM 6 dan akaun korporat berhak untuk dapatkan diskaun 15%.

4. Lain-lain Promo Penghantaran Percuma
Penghantaran PERCUMA juga boleh menjadi sebahagian strategi marketing untuk busines anda. Selain dari menawarkan diskaun pada produk-produk anda, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menawarkan promosi penghantaran percuma. Test dan lihat jika ia boleh membantu meningkatkan sales untuk produk-produk anda!

Jadi, dengan menawarkan dari masa ke masa, anda mungkin berpeluang untuk menjana keuntungan dari ini!

5. Senaraikan produk-produk anda di laman e-commerce yang menawarkan penghantaran percuma

Anda juga mungkin ingin menerokai senarai produk-produk anda di laman e-commerce yang menawarkan servis penghantaran percuma. Di atas penjimatan dalam kos penghantaran, ini adalah peluang untuk anda mengembang bagi mencapai pelanggan baru. Baru-baru ini, Pickupp ada melancarkan fungsi e-commerce menerusi aplikasi mobile. Dikenali sebagai ‘Shop On Pickupp’, aplikasi ini membantu pengguna untuk membuat pembelian yang bersertakan penghantaran ke depan pintu rumah secara percuma. Produk-produk baru juga akan disenaraikan menerusi aplikasi ini pada setiap 2 minggu. Dengan mengunakan kita, anda tentu boleh mencapai lebih daripada 50K potensi sasaran dalam masa 2 minggu menerusi Facebook, Instagram dan Google. Untuk maklumat lanjut tentang Shop On Pickupp, lihat: : https://my.pickupp.io/shop-on-pickupp Jika anda berminat untuk memaparkan produk-produk anda di Shop on Pickupp, sila emailkan butiran produk anda ke olivia@pickupp.io Berminat untuk memohon percubaan korporat? Isikan butiran anda sekarang!

Memohon untuk Percubaan Korporat